PKR kekal kerusi Penanti, majoriti 5,558

May 31, 09 6:07pm

KEPUTUSAN RASMI Calon PKR, Mansor Othman memenangi pilihanraya kecil DUN Penanti dengan memperolehi 6,052 undi. Beliau menang dengan majoriti 5,558 undi.
Manakala tiga calon bebas – Aminah Abdullah mendapat 392 undi, Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56). Kesemua mereka hilang wang deposit RM5,000.Proses pengiraan undi selesai pada kira-kira jam 7.20 malam. Undi untuk Aminah kebanyakannya datang dari kawasan majoriti Melayu, termasuk Mengkuang, Kuala Mengkuang dan Guar Perahu.Aminah juga mendapat undi pos terbanyak, iaitu 12 undi berbanding dengan Kamaraul (7), Mansor (2) dan Nai (0).

Nai pula banyak mendapat undi dari dua kawasan, iaitu Teluk Wang – yang merupakan kawasan masyarakat Thai – dan dari Sungai Lembu, iaitu kubu kuat Gerakan.
Di Sungai Lembu, Mansor mendapat 258 undi manakala Nai mendapat 102 undi, Aminah (2) dan Kamarul (2).
Manakala di Teluk Wang pula, Nai mendapat 154 undi, Mansor (180), Aminah (21) dan Kamarul (1).

JAZAKALLAH ! TAHNIAH ! TERIMA KASIH KEPADA SEMUA SKUAD PILIHANRAYA DAN SEMUA AMK

Saya selaku Pengarah Pilihanraya AMK merakamkan jutaan terima kasih , syabas dan tahniah kepada teman-teman Skuad Pilihanraya AMK dan seluruh jentera AMK yang telah berkampung di Penanti . Saya bener-benar terharu di atas segala kesungguhan , komitmen dan kerja kuat semua teman-teman bagi memastikan kemenangan Parti Keadilan Rakyat dan YB Dr. Mansor Othman di N12 Penanti.
Kali ini walaupun kita tidak berdepan dengan UMNO / BN tetapi kita tetap bekerja tanpa penat dan lelah seolah-olah kita berdepan dengan mereka . Walaupun tanpa UMNO , kita masih terus diserang oleh media milik UMNO , ditekan oleh pihak atasan polis dan SPR yang sentiasa tidak telus dan profesional .
Pelbagai usaha UMNO untuk menghasut para pengundi Penanti terutama para penyokong tegar UMNO bagi memastikan mereka tidak keluar mengundi . Termasuk perancangan jahat mereka untuk membawa para pengundi melawat Padang Besar atau Langkawi , namun berjaya kita patahkan .
Pelbagai program , strategi dan pendekatan telah kita laksanakan sebaik mungkin bagi mestikan para pengundi termasuk pengundi muda sejumlah 40% mejalankan tanggungjawab mereka .
Saya amat berbangga dengan komitmen teman-teman Wanita Muda ( Sri Mawar ) AMK yang begitu aktif , berkemampuan dan kreatif . Beberapa assigment yang saya berikan telah berjaya mereka laksanakan dengan baik dan sukses .
Sekali lagi saya ingin merakamkan jutaan tahniah dan syabas atas kejayaan yang bermakna ini yang insyaallah akan kita bawa ke PRK Manek Urai . Terima kasih saya kepada teman-teman AMK Permatang Pauh dan AMK Negeri Pualau Pinang di bawah pimpinan YB Yusmadi dan juga teman-teman di Kg. Guar Perahu di bawah pimpinan “Bayang dan Man” . Anda semua memang hebat .
Penghargaan saya juga kepada semua yang memberikan komitmen terutama Sdr. Amir Ghazali , Ketua AMK Permatang Pauh. Kerjasama tuan sangat-sangat saya hargai .
Selamat Berjuang ! Reformasi !
Fariz Musa
Timbalan Ketua AMK Pusat
merangkap
Pengarah Pilihanraya AMK Pusat

BBQ AMK N12 PENANTI – 29.05.09

 

PKR Nafi Dakwaan Cuba Pujuk Calon Bebas

BUKIT MERTAJAM [5.00 pm] – Parti Keadilan Rakyat (PKR), hari ini menafikan dakwaan seorang daripada calon Bebas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti bahawa parti itu memujuk atau memberi ganjaran kepada calon Bebas supaya menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya kecil itu, 31 Mei ini.
Ketua Penerangan PKR, Tian Chua mencabar mana-mana calon Bebas yang bertanding, termasuk Aminah Abdullah yang membuat dakwaan itu supaya mengemukakan bukti kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jika benar wujud penyelewengan sedemikian. “Jika ada sebarang bukti bahawa ada pemimpin atau mana-mana daripada kami (PKR) menawarkan ganjaran kewangan, laporkan kepada SPRM atau SPR,” katanya.

SKUAD PILIHANRAYA AMK IRINGI DR. MANSOR DI PASAR MALAM GUAR PERAHU

23.5.2009 , 6.30 PETANG

YAB Tan Sri Khalid Ibrahim Berkunjung Ke Markas Operasi Utama AMK Pusat

23 Mei 2009 , 1.05 tgh.

Kunjungan Hormat YAB Tan Sri Khalid Ibrahim ke Markas Operasi Utama AMK Pusat

Taklimat telah disampaikan oleh Sdr. Fariz Musa , Pengarah Pilihanraya AMK Pusat . Sdr. Shamsul Iskandar Mohd. Akin , Ketua AMK Pusat juga menyampaikan ucapan . YAB Tan Sri Khalid Ibrahim dalam ucapannya menekankan agar AMK berkerja bersungguh-sungguh dan menjalankan kempen tidak politik tetapi memberikan kesan positif kepada para pengundi muda DUN Penanti .

PILIHANRAYA KECIL DUN PENANTI!

PRKPenanti

UNDILAH CALON DARI PARTI KEADILAN RAKYAT

PELANCARAN JENTERA PEMUDA PAKATAN RAKYAT

Pilihanraya Kecil N12 Penanti

Tarikh : 22 Mei 2009
Masa : 9 malam
Tempat : Kg. Padang Ibu , Penanti
Penceramah :
YB DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
TUAN HAJI MOHAMAD SABU
SDR. SHAMSUL ISKANDAR MOHD. AKIN
YB SALEHUDDIN AYUB
YB ANTHONY LOKE
SDR. FARIZ MUSA
YB YUSMADI
DATANGLAH BERAMAI-RAMAI !!!!

HI-TEA & PELANCARAN MARKAS OPERASI UTAMA AMK PRK N12 PENANTI

TARIKH : 21 MEI 2009
MASA : 5.00 PETANG
TEMPAT : MARKAS OPERASI UTAMA AMK PUSAT,
GUAR PERAHU, PENANTI
Dilancarkan Oleh :
YB AZMIN ALI
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat

Pertemuan Tertutup dengan Suruhanjaya Pilihanraya

Pihak jawatankuasa Pilihanraya Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan tertutup dengan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya di pejabat SPR di Putrajaya semalam 12 Mei.Rombongan Pakatan Rakyat terdiri daripada YB Dr Dzulkifli Ahmad (PAS), YB Saifuddin Nasution (PKR), YB Liew Chin Tong (DAP), YB Dato’ Johari Abdul (PKR), YB Dr Siti Mariah (PAS), YB Tian Chua (PKR), YB Manikavasagam (PKR) dan Sdr Saiful Izham sebagai penasihat Undang-undang.

Rombongan kami telah disambut oleh Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia dan para pegawai kanan SPR.Antara rumusan pertemuan tersebut adalah:

1) Peraturan Pondok PanasKedua pihak bersetuju setelah merujuk peruntukan undang-undang bahawa proses semakan daftar pemilih di luar jarak 50 meter dari kawasan mengundi boleh dibuat oleh semua pihak. Untuk itu pihak SPR tiada halangan bagi mana-mana parti berbuat demikian.

2) Menghadkan jumlah penyokongSPR bersetuju bahawa cadangan untuk menghadkan jumlah penyokong pada hari penamaan calon adalah sesuatu yang sukar dikuatkuasakan dan tiada peruntukan undang-undang bagi perkara tersebut. Bagaimanapun SPR menasihatkan semua parti yang bertanding agar tidak membuat kerahan bagi mengelakkan keadaan menjadi terlalu sesak.

3) Larangan berkempenSemua pihak bersetuju bahawa semua parti tidak dibenarkan meneruskan aktiviti berkempen selepas jam 12 malam pada malam sebelum hari mengundi.
Untuk itu larangan ini harus dikuatkuasakan ke atas semua parti yang bertanding.Kedua pihak juga bersetuju untuk mengadakan pertemuan berkala bagi membincangkan perkara-perkara berbangkit sekurang-kurangnya setiap 3 bulan.

SEKRETARIAT PAKATAN RAKYAT(Sebarang pertanyaan, sila hubungi Setiausaha Kerja Pakatan Rakyat Shabrimi pada talian 016-4124735.)


Pengarah Pilihanraya AMK Malaysia

AKTIVITI

Sabtu 02/05/09: Pelancaran Jentera Pilihanraya Angkatan Muda KeAdilan Malaysia di Penanti.
April 2024
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930